PENUTUPAN GEW & BICARA GEMILANG
Tarikh sebenar : 22 November 2009
Tarikh ditunda : 03 Disember 2009
Jam : 9.00 sehingga 2.00 ptg

Majlis Penutupan GEW diadakan selari dengan hasrat PID menghangatkan kembali fungsi PID di mata masyarakat setempat, ianya juga sempena penutupan GEW 2009. Majlis ini telah ditunda tarikhnya kerana musim banjir yang melanda.



Align Right
Persiapan majlis di waktu banjir melanda Kuala Besut, walau apapun majlis tetap diteruskan. Pihak PID Kuala Besut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir iaitu AJK PID, JKKK bagi DUN Kuala Besut dan AJK WANITA, PEMUDA, PUTERI UMNO DUN dan ahli-ahli PID, tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada pihak JASA di atas segala sumbangan. Pada sukarelawan yang bertungkus lumus membantu pihak PID diucapkan terima yang tidak terhingga.





TUNJUK AJAR SIFU
Bertarikh : 18 November 2009
Jam : 2.00 sehingga 5.00 ptg

Objektif:

Seorang web designer yang dijemput khas sudi berkongsi ilmu pemasaran atas talian kepada peserta. Teknik-teknik yang disampaikan adalah ilmu baru bagi mereka yang baru berjinak-jinak mengenali dunia perniagaan alaf baru.

Pesanan dari beliau:
Ciptakan kelainan dengan melakukan sesuatu diluar jangkaan.




BENGKEL FACEBOOK
Bertarikh : 18 November 2009
Jam : 9.00 sehingga 11.00 pg

Objektif :
Mewajibkan semua peserta mendaftarkan diri di www.facebook.com sebagai salah satu pengenalan kepada dunia facebook yg mana menjadi salah satu medium perantaraan perhubungan yg paling popular sejak akhir-akhir ini. Fungsi-fungsi facebook juga diterangkan dan apa kaitan facebook dengan
bidang/pekerjaan. Adakah medium ini boleh membantu dan menonjolkan diri di khalayak umum dengan idea-idea baru dan bernas di samping kocek mereka berisi wang bukan setakat omong kosong.






BENGKEL DST
Tarikh : 17 November 09
Jam : 2.00 sehingga 5.00 ptg

Objektif :
Cara bagaimana mempromosikan produk tempatan melalui media. DST adalah gabungan antara gambar, teks, suara dan web publising untuk menjadikan satu penceritaan yang menarik.

DST lebih memberi kesan dan meningkatkan tumpuan yang menontonnya, penyampaiannya juga lebih menarik jika nak dibandingkan dengan pengiklanan cara biasa.







BENGKEL MESRA IT DAN PENDAFTARAN EMAIL

PENGENALAN PID KUALA BESUT
Tarikh : 16 November 2009
Jam : 9.00 sehingga 12.00 Tghr


Objektif:

Memperkenalkan fungsi baru PID bukan lingkuangan perkhidmatan ICT sahaja, juga ke arah keusahawanan sosial. Ianya juga sempena pembukaan kepada GEW 2009.





  • Objektif

    ~ memperkasakan masyarakat untuk melakukan aktiviti yang
    memberi ipak positif kepada sosial, ekonomi dan alam sekitar
    ~ membantu masyarakat memahami konsep keusahawanan
    ~ platform untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan
    berkaitan keusahawanan sosial
    ~ melahirkan usahawan-usahawan baru termasuk usahawan
    sosial

    Kelab Usahawan Sosial

    Kelab Usahawan Sosial(KUS) atau Social Enterpreneurs Club(SE Club) adalah sebuah kelab di bawah kelolaan sokongan Pusat Internet Desa(PID). Ia adalah sebuah kelab yang menjalankan aktiviti-aktiviti keusahawanan komersial dan sosial.

    Kumpulan Sasaran

    - Pengguna PID yang melebihi umur 16 tahun
    - Usahawan yang sedia ada
    - Sesiapa yang berminat menjadi usahawan komersial dan usahawan sosial
    - Ahli-ahli dari badan-badan sukarelawan
  • MuTiaRa KaTa

    "Kebijaksanaan menangani sesuatu krisis adalah juga sebahagian daripada amalan budi bahasa yang harus difahami oleh ahli perniagaan. Sebaik mana perancangan kita, ada masanya sesuatu yang tidak dirancang akan berlaku. Apabila berlaku sesuatu yang buruk, kita mesti tahu bagaimana mengurangkan kesan negatif yang timbul"

    ViDeo GEW 09'

    Followers